|
Written by Muslimat PAS Kelantan
|
|
Tuesday, 17 June 2008 |
|
PUTIK, 14 Jun- Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan telah menganjurkan
Muktamar Muslimat Peringkat Negeri Kelantan untuk kali ke - 35.
Muktamar bermula dengan pendaftaran ahli pada jam 8.30 pagi kemudian
bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an, seterusnya ucapan dari Ketua Muslimat
PAS iaitu YB Siti Zailah Yusof merangkap ahli Parlimen Rantau
Panjang.Turut berucap adalah wakil Badan Perhubungan PAS YB Dato' Haji
Omar. Muktamar kali ini mencipta sejarah tersendiri apabila telah
berjaya dirasmikan oleh YB dari Negeri Pakatan Rakyat iaitu YB Siti
A'shah yang memegang Exco Kebajikan Negeri Kedah.
|
|
Last Updated ( Tuesday, 17 June 2008 )
|
|
|
Written by Muslimat PAS Kelantan
|
|
Wednesday, 26 December 2007 |
|
sumber:Harakahdaily
Mon | Dec 17, 07 | 5:05:35 pm MYT
|
|
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Kelantan (DMPNK)
akan mengadakan kursus solat di beberapa hospital bermula 19 Disember,
khusus bagi membantu mangsa banjir menyempurnakan kewajipan tersebut dalam
situasi bencana yang melanda negeri Kelantan kini.
"Muslimat PAS bersama unit dakwah dan halaqah turut mengadakan khidmat
kaunseling khusus bagi membantu mereka menghadapi trauma bencana banjir,
terutama bagi yang kehilangan orang tersayang," ujar Ketua Muslimat PAS
Kelantan, Ustazah Siti Zailah Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat berkata Muslimat
PAS Kelantan telah mengambil langkah segera bagi membantu mangsa banjir,
sama ada pada tempoh sebelum, semasa dan selepas bencana itu berakhir.
Ini katanaya, pada kebiasaannya, pihak yang menghulurkan bantuan hanya
memikirkan keperluan mangsa dari sudut fizikal sahaja, tanpa mengambil
kira pengisian rohani serta pembangunan jiwa mangsa yang tertekan akibat
tragedi tersebut,"
|
|
|
Last Updated ( Tuesday, 17 June 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Web Master
|
|
Saturday, 12 June 2004 |
|
Salam kunjungan buat warga Internet sekalian. Seperti yang diketahui, kesemua laman parti PAS telah menjadi mangsa godaman (Sila lihat di sini ) Kami bagi pihak penyelenggara sistem prasarana laman web PAS ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf atas kesulitan yang dialami. Kami sedang bertungkus-lumus untuk menaikkan kembali laman-laman PAS yang terlibat, serta membuat tindakan susulan bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi. InsyaAllah, kami akan kembali pulih sepenuhnya selepas cuti lebaran kelak.
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Akhir Ramadhan", dan "Selamat Hari Raya AidilFitri, dan Maaf Zahir dan Batin." Semoga ujian ini lebih menguatkan keazaman serta semangat perjuangan kami, serta memperbaiki segala kelemahan kami. Amin ya Rabbal 'Aalamiin.
Wassalaam.
|
|
Last Updated ( Thursday, 11 October 2007 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
| Results 1 - 4 of 6 |