MUSLIMAT PAS

STATISTIK PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHARI INI58
mod_vvisit_counterKESELURUHAN3506
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
WEDNESDAY, 10 MARCH 2010 18:00

 
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
FRIDAY, 26 FEBRUARY 2010 16:04


Kelantan tiada halangan WANITA berjawatan tinggi - Tuan Guru Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU, Feb 24 (Bernama) — Kerajaan negeri Kelantan tidak mempunyai sebarang halangan dan masalah dengan lebih ramai wanita memegang jawatan tinggi di dalam sektor awam berbanding lelaki.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata perkara yang paling penting adalah mutu perkhidmatan dan kualiti kakitangan awam itu yang perlu diambil kira tanpa mengira kakitangan itu wanita ataupun lelaki.

“Di dalam Islam lelaki dan wanita sama sahaja. Tiada siapa yang lebih,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baca lagi...
 
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
TUESDAY, 16 FEBRUARY 2010 15:54

Semua dijemput hadir ke :


 

 
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
SUNDAY, 14 FEBRUARY 2010 00:00

 

Kerajaan Kelantan Tidak Sekat Hiburan: -Tuan Guru Nik Abdul Aziz

KOTA BAHARU, 14 Feb (Bernama) -- Kerajaan pimpinan PAS di Kelantan tidak pernah menyekat pertunjukan hiburan, cuma mengawal dari segi peraturannya supaya tidak bercanggah dengan kehendak dan ajaran Islam, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata ini kerana Islam tidak menegah seseorang daripada menghayati hiburan, asalkan tidak melalaikan kerana ia sudah menjadi fitrah yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia.

"Malah, Nabi Muhammad (S.A.W) sendiri pun mempunyai sifat untuk berhibur, tapi mengikut caranya tersendiri. Sejak kita (PAS) mentadbir negeri ini 20 tahun lalu, kita tidak menyekat pertunjukan hiburan di negeri ini, cuma mengawal dari segi syarat-syarat dan peraturan supaya tidak bercanggah dengan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meraikan selebriti TV3, Wardina Safiyyah dan Pengarah Filem 'Ketika Cinta Bertasbih', Habiburrahman di sini pada Ahad.

Baca lagi...
 
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
SUNDAY, 14 FEBRUARY 2010 00:00

Selamat Tahun Baru Cina

Perutusan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz, sempena Tahun Baru Cina

Saya ingin mengucapkan kepada semua masyarakat berbangsa Tionghua dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang jatuh pada 14 Febuari 2010. Selamat Tahun Baru.

Perayaan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang penting di kalangan masyarakat Tionghua dan mengikut kalendar Cina tahun ini adalah tahun harimau. Harimau melambangkan keberanian, diharapkan boleh menjadi satu pendorong untuk masyarakat Tionghua lebih ke hadapan di dalam apa jua bidang.

Sesungguhnya masyarakat Tionghua khususnya di Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di negara kita dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India. Kita telah bersama-sama memberi sumbangan ke arah lahirnya negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.

Islam sebagai agama yang tidak pernah mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa sekalipun. Lantaran itu, Islam memerintahkan agar berlaku adil kepada semua manusia tidak mengira bangsa dan agama.Semua pihak mendapat hak di sisi Islam. Tidak ada kelebihan satu bangsa ke atas satu bangsa yang lain melainkan dengan takwa.

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 Selepas > Akhir >>

Halaman 1 dari 8