Ditulis oleh harakahdaily   
SATURDAY, 07 JANUARY 2012 03:40


Menangkan dulu Pakatan, bukan bincang siapa PM

KUALA LUMPUR, 7 Jan (harakahdaily) : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri.

Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah.

“Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah,” kata beliau.

Dalam temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik seorang Perdana Menteri sementara.

Baca lagi...
 
Ditulis oleh Muslimat PAS Pusat   
THURSDAY, 22 DECEMBER 2011 00:00

 


Kenyataan Media : Berhubung Pendirian Dato Dr Mohd Hassan Ali Mempertikaikan Perjuangan PAS dan Misi Negara Berkebajikan PAS



KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
BERHUBUNG PENDIRIAN DATO DR MOHD. HASSAN ALI MEMPERTIKAIKAN
PERJUANGAN PAS DAN MISI NEGARA BERKEBAJIKAN PAS


Sepertimana pendirian Dewan Muslimat ketika membahas Ucapan Dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS pada bulan Jun 2011 yang lepas yang bertemakan ”Membangun Negara Berkebajikan”, Dewan Muslimat untuk sekian kalinya konsistan mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada YB. Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj. Awang, Presiden PAS kerana telah mengangkat suatu tema yang kami sifatkan sebagai telah pun memenuhi ciri-ciri kesyumulan Islam hatta upaya menggambarkan betapa Islam itu Rahmat kepada sekalian alam.

Ucapan terima kasih, tahniah dan syabas ini juga kami panjangkan kepada seluruh Kepimpinan PAS Pusat dan para Perwakilan Muktamar Tahunan PAS yang telah sebulat suara menerima Ucapan Dasar Presiden PAS ketika itu iaitu ”Membangun Negara Berkebajikan”. Ini adalah suatu keputusan paling sah, legitimate dan digarap melalui semangat syura kaum Muslimin (orang-orang Islam) yang menjadi anggota Gerakan Islam, PAS.

Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat menyelar tindakan Dato’ Dr Mohd Hassan Ali, mantan Naib Presiden PAS yang kini juga merupakan AJK PAS Pusat atas tindakan mempersoalkan ”Negara Berkebajikan” PAS seterusnya beliau juga menuduh bahawa PAS telah terkeluar daripada landasan perjuangannya. Pendirian sebegini sesungguhnya adalah pendirian UMNO yang senantiasa mahu memburukkan dan melemahkan PAS khususnya di mata orang-orang Melayu.
Baca lagi...
 
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
THURSDAY, 06 OCTOBER 2011 08:18

 

JEMPUT BERAMAI-RAMAI KE

HIMPUNAN KESYUKURAN PERAKUAN KANUN JENAYAH SYARI'AH II KELANTAN

 
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
THURSDAY, 28 OCTOBER 2010 00:00

 
Muslimat PAS ajak Mashitah dialog
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
THURSDAY, 15 SEPTEMBER 2011 01:08


Muslimat PAS ajak Mashitah dialog

KUALA LUMPUR, 14 Sept (HarakahDaily) : Dewan Muslimat PAS Pusat mengajak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berdialog berhubung tuduhannya terhadap PAS dalam artikel "Episod-episod Pembohongan PAS".

Mashitah dalam tulisannya yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia kelmarin antaranya menuduh PAS tidak lagi mempertahankan Konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak dan rumah urut di Selangor kerana ingin mengecapi sedikit kuasa.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pihaknya akan menghantar surat tawaran kepada Mashitah sesegera mungkin dan menunggu jawapan positif daripada Mashitah.

Athirah berkata, Dewan Muslimat akan memberi ruang kepada Mashitah untuk mengemukakan semua hujah berkaitan tuduhannnya dalam artikel tersebut dan diikuti oleh hujah panel daripada Dewan Muslimat.

"Dewan Muslimat ingin menawarkan satu program pencerahan minda kepada khalayak umum secara terarah, beradab dan bertamadun sesuai dengan sifat Islam.

"Samaada dalam bentuk forum ilmiah atau debat ilmiah atau mungkin juga wacana, terpulang kepada Mashitah untuk memilih," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL