Perutusan Khas Ramadhan 1431H
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
TUESDAY, 10 AUGUST 2010 05:28

Perutusan Khas Ramadhan 1431H : Ramadhan - Penyucian Diri Untuk Kembali Kepada Fitrah
oleh:
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA
DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Baca lagi...
 
Bengkel Kesalamatan Diri Bersama Kamal Affandi
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
THURSDAY, 29 JULY 2010 14:02
SEMUA KAUM MUSLIMAT DAN NISA' DIJEMPUT HADIR BERAMAI -RAMAI KE 
BENGKEL KESELAMATAN DIRI BERSAMA KAMAL AFFANDI HASHIM
(PENGANALISIS JENAYAH)
TARIKH: 19 SYAABAN 1431H/ 31 JULAI 2010 (SABTU)
MASA: 8.30 PAGI - 1.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN PUSAT TARBIAH ISLAMIAH KELANTAN (PUTIK)
 JALAN MAKTAB PENGKALAN CHEPA

 
Sambutan Isra' Mikraj
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
TUESDAY, 29 JUNE 2010 04:51

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ PERINGKAT NEGERI KELANTAN

 
Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
MONDAY, 14 JUNE 2010 09:43

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

 

Allahyarham Ustaz Hassan Shukri Semasa menerima anugerah Tokoh Pemuda pada
majlis Perasmian Muktamar Dewan-dewan, Khamis lalu.

KOTA BHARU. 14 JUN - Semalam telah berakhir Muktamar Tahunan PAS Kali ke-56 di Putik,Pengkalan Chepa. Namun hari ini kita dikejutkan  dengan berita kematian  Ustaz Hassan Syukri, yang merupakan bekas Timbalan Presiden PAS, zohor tadi.

Allahyarham yang baru sahaja dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Pemuda pada Majlis Perasmian Muktamar Dewan-dewan Khamis lalu  dikatakan baru pulang dari Kota Bharu malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS disini semalam. Ustaz Hassan sebelum ini pernah menjadi Naib Presiden dan setiausaha Agung PAS. Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara.

Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham Ustaz Hassan Syukri. Semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang - orang  yang beriman. AL-FATIHAH

 
Ditulis oleh S. Najman   
WEDNESDAY, 02 JUNE 2010 13:00

Kenyataan Rasmi Ketua DMP Negeri Kelantan berhubung serangan Israel

YB Pn Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff


Saya dengan ini mewakili Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan dan rakyat Negeri Kelantan seluruhnya mengutuk   sekeras-kerasnya tentera Israel yang menyerang konvoi kemanusiaan ke Gaza. Konvoi yang diberi nama Flotila Misi Bantuan Kemanusiaan LL4G ke Gaza ini tidak melanggar garis  panduan yang boleh mengundang kemarahan Israel. Malah konvoi ini dilancarkan berdasarkan  keputusan mesyuarat  Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (PBB) dan undang-undang maritim melalui Resolusi 1960 (2009).

Benarlah keganasan Yahudi adalah seperti yang Allah gambarkan di dalam kitab sucinya; Surah Al Baqarah, Ayat 120;

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Mereka tidak akan redha dengan umat Islam dan tidak mahu melihat umat Islam hidup senang. Justeru, marilah sama-sama kita berdoa untuk keselamatan saudara kita di sana dan seluruh umat Islam. Kita berdoa agar Allah menghancurkan Yahudi yang sentiasa berniat jahat kepada umat Islam. Kami juga berharap agar kerajaan Malaysia khususnya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membatalkan kontrak dengan syarikat milik perisikan Israel-Apco Worldwide. Kita kesal dengan kerjasama yang memalukan ini dan berharap pihak kerajaan mengambil tindakan tegas berhubung isu ini.

 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL