Kelantan membantah kezaliman Israel
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
WEDNESDAY, 02 JUNE 2010 12:21

KOTA BHARU, 2 Jun- Dewan Muslimat Pas Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim Yahudi laknatullah yang nekad menyerang kapal Konvoi yang dikenali dengan nama Flotila Misi Bantuan Kemanusiaan LL4G ke Gaza yang membawa kira-kira sepuluh ribu tan barangan bantuan dengan lebih 540 orang aktivis keamanan. Difahamkan, Malaysia turut menghantar seramai 12 sukarelawan terdiri dari pelbagai pihak di mana enam daripadanya menaiki Mavi Marmara. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan.



gambar daripada  http://us.foto.detik.com

Baca lagi...
 
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
WEDNESDAY, 02 JUNE 2010 03:00

Kenyataan Rasmi
YAB Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Isu Serangan Israel Terhadap Konvoi Kemanusiaan di Gaza


Saya mewakili kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga sekarang telah mengorbankan 19 nyawa.

Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan, seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Termasuk di dalam rombongan tersebut ialah 12 orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Israel Nyata sekali ia bukan merupakan konvoi tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan.

Baca lagi...
 
Serangan ke atas Mavi Marmara, 31 Mei 2010
Ditulis oleh Syamila N   
TUESDAY, 01 JUNE 2010 04:13

Dewan Muslimat PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas Israel laknatullah menyerang konvoi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza semalam, 31 Mei 2010 yang setakat ini mengorbankan 19 nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain di atas kapal Mavi Marmara.

Baca lagi...
 
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
TUESDAY, 18 Mei 2010 10:14

SEKITAR MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI KELANTAN 2010, PUTIK...

 

Perwakilan dari setiap kawasan YB Hjh Siti Zailah, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan
Saff Pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan

KLIK DISINI UNTUK KE ALBUM
 
Muslimat PAS ambil berat golongan remaja
Ditulis oleh S. Najman   
FRIDAY, 14 Mei 2010 02:30

KOTA BHARU, 14 MEI -Bertitik-tolak daripada kesedaran bahawa perjuangan generasi kini memerlukan jaringan pelapis yang bijak menampung, muslimat PAS sedar bahawa golongan ini harus didekati dan diperkasakan.

Berucap di Sidang Muktamar Tahunan, Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan kali ke-37, YB Hjh Siti  Mohd Yusof, selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan menyeru semua perwakilan dan pemerhati daripada seluruh Kelantan supaya memperhebatkan pendekatan yang mampu menarik golongan muda.

“Golongan muda ini sangat penting kerana merekalah yang bakal mendominasi halatuju politik negara pada masa hadapan.”

 

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL