Muslimat desak perketat kod etika pemakaian resort dan hotel.
Ditulis oleh S. Najman   
SATURDAY, 08 Mei 2010 05:12


Muslimat Pengkalan Chepa Muslimat Machang

Perwakilan daripada Machang mencadangkan agar kerajaan  negeri menekankan kod etika menutup aurat yang semakin longgar. Beliau yang mewakili Dewan Muslimat Pas Kawasan Machang membahaskan, “ Pakaian pekerja hotel di Kelantan  tidak menggambarkan cri-ciri Islam walaupun kita sebenarnya berada di Negeri Serambi Mekah.

Beliau turut mendesak agar  kerajaan memastikan resort, hotel dan pasaraya supaya menyediakan tempat solat yang selesa kepada pengunjung. Keadaan bilik solat di tempat-tempat awam sebegini sangat sempit dan tidak akomodatif sehingga mengganggu kelancaran program-program yang dilaksanakan di premis-premis seperti hotel dan resort.

Baca lagi...
 
Kehilangan Mak Som sangat dirasai
Ditulis oleh S. Najman   
SATURDAY, 08 Mei 2010 04:39

Kematian mengejut bekas Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan, Allahyarham Hajah Kalthom Othman dirasai oleh seluruh ahli sidang muktamar dewan muslimat.

Kehilangan beliau yang begitu berjasa kepada parti selama lebih 20 tahun berkhidmat dengan Pas begitu memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang pernah bekerja bersama-sama beliau.

Dewan Muslimat Pas dengan diwakili oleh Te@m IT Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan menyedia dan menayangkan sebuah video klip khas belasungkawa Hajah Kalthom yang  menyentuh hati seluruh hadirin dan hadirat.

Pihak Dewan Muslimat turut menyampaikan sumbangan khas kepada keluarga Allahyarhamah yang diwakili oleh anak kedua beliau iaitu Siti Barizah Mat Zin.

 
Muslimat harus eksploitasi isu negara-Nik Amar
Ditulis oleh S. Najman   
SATURDAY, 08 Mei 2010 04:27

“Muslimat harus boleh mengeksploitasi isu negara. Banyak kepincangan di negara kita berlaku sekitar wanita dan memerlukan pembela. Buat sidang, buat seminar, sentiasa tampil ke depan bagi menjuarai isu-isu wanita. Dengan cara inilah kita boleh mempromosikan Islam dan parti kita.” Kata Dato Nik Amar semasa merasmikan sidang Muktamar Muslimat kali ke-37 di Dewan Putik, Pengkalan Chepa.

Beliau turut menyarankan golongan muslimat agar mempunyai sikap fatonah.

“ Salah satu sifat Rasulullah s.a.w adalah fatonah iaitu kebijaksanaan berpolitik dan ketajaman mata hati.  Muslimat secara umumnya sering  tertinggal dalam menganalisis situasi politik. Kita harus kenal kawan dan lawan, juga harus tahu strategi berpolitik. Apabila membaca sesuatu berita, kita harus membaca apa yang ada di sebalik berita supaya kita tidak terperangkap dengan helah  pihak lawan.”

Baca lagi...
 
Persiapan Terakhir Muktamar Tahunan berjalan lancar
Ditulis oleh S. Najman   
FRIDAY, 07 Mei 2010 19:38




Kota Bharu, 7 Mei 2010
- Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan kali ke-37 dijangka berjalan lancar dan para jentera sudah bersiap sedia menghadapi program tahunan ini.

Pengarah Muktamar Dewan Muslimat Pas kali ini, Yang Berhormat Hajah Wan Ubaidah Omar ketika mengulas mengenai persiapan akhir ini berkata, "Alhamdulillah, segalanya berjalan mengikut perancangan dan pihak kami berharap agar para perwakilan dan pemerhati dapat bermuktamar dengan selesa."

"Proses muktamar menggabungkan kekuatan-kekuatan kita bagi meneruskan perjuangan. Justeru, tingkatkan kasih-sayang di antara kita. Buangkan yang keruh dan ambil yang jernih, supaya perjalanan meniti sirah ini menjadi semakin mudah."

Baca lagi...
 
Muktamar Tahunan kali ke-37
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
FRIDAY, 07 Mei 2010 17:26



 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL