munajat kemenangan
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
SUNDAY, 28 APRIL 2013 05:25

Dijemput untuk sama-sama kita menghidupkan malam Jumaat, 3 Mei ini bermula jam 3 pagi.. Sama-sama kita bermunajat memohon bantuan daripada-Nya

:: Keberkatan | Kemakmuran | Kebajikan ::

 
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
MONDAY, 29 APRIL 2013 08:34

 

Dewan muslimat PAS Negeri Kelantan mengucapkan takziah kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato Fattah Mahmod yang merupakan calon PAS bagi DUN Bukit Panau diatas pemergian isteri tercinta Datin Fahimah malam tadi. Allahyarhamah dikatakan mengidap kanser paru-paru. Solat Jenazah dilakukan selepas solat zuhur di Masjid Muhammadi.

Al Fatihah.

 
Tahniah kepada semua bakal calon
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
THURSDAY, 18 APRIL 2013 05:14

"Kak Lah mengucapkan TAHNIAH kepada semua bakal calon yang terpilih untuk bertanding mewakili parti bagi PRU13. Amanah ini amat berat dan mesti dipikul dengan seikhlas mungkin.

Calon-calon kita mewakili jemaah untuk membawa suara Islam samada di peringkat DUN mahupun PARLIMEN. Saat ini mesti perbanyakkan sabar dan bersungguh-sungguh menyantuni setiap pengundi.

Sesungguhnya kita tidak boleh menawan hati pengundi dengan wang ringgit tetapi dengan akhlak yang baik, keikhlasan yang tinggi, doa yang berterusan. In sya Allah kemenangan bersama kita."

 
Selamat Menyambut Hari Polis
Ditulis oleh YB Zailah   
MONDAY, 25 MARCH 2013 03:09

Selamat Menyambut Hari Polis kepada semua warga polis dan pasukan keselamatan seluruh negara.Rakyat dan negara kita amat menghargai pengorbanan jasa dan perkhidmatan pasukan Polis menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.Negara kita memerlukan pasukan Polis yang amanah ,profesional dan berdedikasi.
Imej polis yang berkhidmat dengan cepat ,cekap dan betul harus benar benar dihayati untuk membela kebenaran dan kepentingan rakyat serta negara.Pasukan Polis harus menjaga kedaulatan undang undang negara supaya tiada mana mana pehak yang boleh mengatasi peraturan dan undang undang negara.Rakyat seluruhnya amat mengharapkan pasukkan Polis dalam negara kita terus berkhidmat dengan penuh cemerlang...berbekalkan sengat dan keyakinan yang tinggi serta banyakkan sabar dalam menghadapi apa jua situasi yang mendatang...

Jasa pasukan polis tetap kami kenang
Selamat Berkhidmat dengan cemerlang untuk negara..SELAMAT HARI POLIS..

Dari
Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat
YB Siti Zailah Mohd Yusoff

 
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   

Kenyataan Media Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat

BERHUBUNG PEMBEBASAN DUA PESALAH ROGOL GADIS BAWAH UMUROLEH MAHKAMAH RAYUAN DAN MAHKAMAH SESYEN

[ ”CHUAH GUAN JIU (22 TAHUN) DAN NOOR AFIZAL AZIZAN (19 TAHUN) ]

Muslimat PAS Pusat sangat mengambil serius akan keputusan dua buah mahkamah yang telah membebaskan dua orang Pesalah Rogol bawah umur baru-baru ini. Muslimat PAS Pusat tidak bermaksud untuk bertindak “contempt of court” (menghina mahkmah), tetapi percaya bahawa telah berlaku kekhilafan daripada pihak hakimdan mahkamah terbabit ketika membuat keputusan ini.

Tentunya ia satu perkembangan yang sangat menggusarkan kaum wanita Malaysia khususnya dalam situasi ancaman jenayah keselamatan terhadap wanita dan kanak-kanak yang semakin meningkat kini.

Umum mengetahui jenayah rogol adalah sebuah jenayah yang semakin parah dengan anggaran statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa sekurang-kurangnya sepuluh orang wanita Malaysia dirogol setiap hari.
Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL