PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
TUESDAY, 09 SEPTEMBER 2014 13:10

Dewan Muslimat rakam penghargaan PAS bertanding kerusi PRK Pengkalan Kubor

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,

Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, mengucapkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Allah SubhanahuWaTaala, dan penghargaan yang tinggi kepada Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail diatas sifat jiwa besar, keperihatinan yang tinggi menjiwai denyut nadi dan kehendak pengundi Pengkalan Kubur dimana laluan telah diberi kepada PAS untuk bertanding menentang UMNO diPRK Pengkang Kubur.

Cetusan awal dari Dewan Muslimat untuk kerusi Pengkalan Kubur dipertimbangkan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk diberi kepada PAS telah disambut oleh Kak Wan selaku Presiden PKR dengan penuh lapang dada ,jiwa besar dan kasih sayang.

InsyaAllah Dewan Muslimat PAS bersama seluruh pimpinan dan jentera muslimat serta Wanita Pakatan dari PKR dan DAP seluruh negara akan mengembelingkan seluruh tenaga untuk berhadapan dengan UMNO secara lebih berkesan utuh dan sepakat untuk memastikan kerusi Pengkalan Kubur kita menangi.

Semoga sikap keterbukaan semua pihak,lapang dada,bertolak ansur,kasih sayang dan saling maaf memaafi antara kita ,Pakatan Rakyat akan lebih mantap,terus utuh. InsyaAllah semoga kerusi Pengkalan Kubur dapat kita tawan kembali,kemelut MB Selangor dapat dileraikan, Kekuatan Pakatan Rakyat diperteguhkan.

 

( Siti Zailah binti Mohd Yusoff )

Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia

Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan

LAST_UPDATED2