PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Te@M IT   
SATURDAY, 20 SEPTEMBER 2014 03:27

Muslimat Makin Bijak Tangani Tekanan Politk

SKUDAI, 17 Sept - Menjejak usia matang ke 54, Dewan Muslimat terus menongkah arus dalam menerajui dan terus menjadi tulang belakang dalam menggerakkan PAS.

Menyorot kembali sejarah penubuhan dewan ini, Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam ucapan perasmian tengahari tadi menyeru agar semua perwakilan berperanan, malah mampu merancang menyelesaikan masalah mendatang dengan baik.

 

Beliau menegaskan bahawa bahawa apa yang berlaku dalam arus politik semasa pada hari ini adalah ujian dari Allah, dan kata kunci utama dalam menghadapi ujian ini ialah ikhlas.

Memuji tindakan matang muslimat yang tidak melatah dan terus bergerak atas agenda besar walau menghadapi pelbagai tekanan politik semasa, beliau berkata,

"Para Perwakilan dipohon untuk tidak melampau dan tidak jumud membeku. Letakkan sepenuhnya pengharapan kepada Allah."

"Orang yang berjiwa besar adalah seorang pemandu yang tetap meneruskan pemanduan walau diganggu oleh seekor lalat semasa pemanduannya," tambah beliau.

Beliau turut menekankan pentingnya untuk muslimat terus membentuk pelapis dan berharap dalam keadaan yang ada, semua ahli kekal di posisi masing dan tetap teguh dan menjadi penolong kepada PAS.

LAST_UPDATED2