Rahsia Amalan Mendepani Pilihanraya PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
SATURDAY, 13 JUNE 2009 08:03
Dalam mendepani pilihanraya, memberi penekanan terhadap hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia (hablun minnallah wa hablun minannas) adalah amat penting, demikian kata Ustazah Azizah Awang Hamat.
 
 
Sebaik sahaja memperoleh kemenangan di Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz telah berpesan tentang tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian.



Pertamanya ialah perlunya meningkatkan ilmu dan iman. Oleh itu, Unit Halaqah telah diwujudkan sebagai satu platform untuk muslimat turun kepada rakyat bawahan.
 

Perkara kedua ialah perlu meningkatkan ibadah dan keikhlasan manakala perkara ketiga ialah perlu sentiasa bersikap tawaduk dan menjaga ukhuwah. Menyentuh soal hubungan dengan Allah pula, ahli-ahli perlu memperbanyakkan hubungan dengan Allah. Beliau berjaya menarik perhatian ramai apabila mendedahkan rahsia amalan muslimat Kelantan terutamanya semasa 'berperang' iaitu sewaktu menghadapi pilihanraya.
 

"Satu unit munajat telah diwujudkan dan satu kaedah berdoa disusun. Antara amalan yang dibuat ialah solat hajat 1000 qul huwallah, bacaan surah al-ikhlas sebanyak bilangan pengundi, amalan selawat tafrijiyah sebanyak 4444 kali, membaca tasbih Nabi Yunus, bacaan ayat qursi dan bismiliiah, semuanya sebanyak 1000 kali. Selain itu, zikir munajat turut tidak lupa dilakukan," jelasnya.
 

Tambah beliau lagi yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Kelantan menegaskan bahawa, hubungan sesama manusia hanya dapat dijaga bila mana hubungan dengan Allah dijaga dan diperelok.
LAST_UPDATED2