Dewan Muslimat PAS Kelantan
Muslimat PAS ajak Mashitah dialog PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
THURSDAY, 15 SEPTEMBER 2011 01:08


Muslimat PAS ajak Mashitah dialog

KUALA LUMPUR, 14 Sept (HarakahDaily) : Dewan Muslimat PAS Pusat mengajak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berdialog berhubung tuduhannya terhadap PAS dalam artikel "Episod-episod Pembohongan PAS".

Mashitah dalam tulisannya yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia kelmarin antaranya menuduh PAS tidak lagi mempertahankan Konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak dan rumah urut di Selangor kerana ingin mengecapi sedikit kuasa.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pihaknya akan menghantar surat tawaran kepada Mashitah sesegera mungkin dan menunggu jawapan positif daripada Mashitah.

Athirah berkata, Dewan Muslimat akan memberi ruang kepada Mashitah untuk mengemukakan semua hujah berkaitan tuduhannnya dalam artikel tersebut dan diikuti oleh hujah panel daripada Dewan Muslimat.

"Dewan Muslimat ingin menawarkan satu program pencerahan minda kepada khalayak umum secara terarah, beradab dan bertamadun sesuai dengan sifat Islam.

"Samaada dalam bentuk forum ilmiah atau debat ilmiah atau mungkin juga wacana, terpulang kepada Mashitah untuk memilih," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

LAST_UPDATED2
Baca lagi...
 
forum PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
MONDAY, 12 SEPTEMBER 2011 06:05


Semua Dijemput Hadir

 
PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
SATURDAY, 04 JUNE 2011 14:55

Laman Web Rasmi Muktamar Tahunan PAS kali ke -57

 

 

LAST_UPDATED2
 
PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
THURSDAY, 16 JUNE 2011 00:00

 

Dengan rendah diri Kak Lah terima amanah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat

 

 

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat pagi kepada semua.

 

Dengan penuh rendah hati kepada Allah dan rasa tanggungjawab Kak Lah terima mandat yang besar ini. Bagi Kak Lah, pertama sekali, ucapan terima kasih Kak Lah tujukan kepada semua atas kepercayaan yang kalian beri. Tanggungjawab besar ini bukan menjadi kebanggan melainkan ia amanah yang harus dipikul bersama.

 

Kak Lah mengharapkan dokongan, sokongan dan doa daripada semua pihak samada pimpinan, mantan pimpinan, ahli jawatankuasa muslimat pusat, muslimat negeri-negeri, kawasan dan di seluruhnya. Jika tiada sokongan daripada kalian, tidak ada ertinya kami di sini.

 

Di antara misi utama Kak Lah setelah diberi mandat adalah melaksanakan gagasan  Negara Berkebajikan yang dilaungkan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang. Kita mahu menjadikan masyarakat ini sejahtera bukan sahaja daripada sudut ekonomi dan material bahkan daripada semua aspek merangkumi akhlak, budaya dan sosial.

LAST_UPDATED2
Baca lagi...
 
PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Team It   
SATURDAY, 04 JUNE 2011 07:59

GOMBAK, 4 Jun - Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melihat kesediaan PAS untuk menjalankan amanah menguruskan negara secara adil dan saksama, dan muslimat akan menggembeling tenaga untuk sama-sama melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini.

Perwakilan dewan sayap kiri PAS itu, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, DMPP menyahut 8 pengarahan Presiden diambil tindakan sewajarnya oleh Dewan Muslimat di semua peringkat. Tambahnya, DMPP mencadangkan PAS di semua peringkat merangka ‘Plan Tindakan Parti’ yang komprehensif, progresif dan pro aktif.

LAST_UPDATED2
Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL