Dewan Muslimat PAS Kelantan
Sambutan Hari Suami Isteri PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
WEDNESDAY, 06 OCTOBER 2010 15:08

SAMBUTAN HARI SUAMI ISTERI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2010

Masuk adalah PERCUMA. Untuk pendaftaran kehadiran, Sila SMS Nama & No.KP ke 013-9846913



BENGKEL JATIDIRI ANAK MUDA

BERSAMA DATO' DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH


Masuk adalah PERCUMA. Untuk pendaftaran kehadiran, Sila SMS Nama & No.KP ke 013-9846913


LAST_UPDATED2
 
Perutusan Khas Ramadhan 1431H PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
TUESDAY, 10 AUGUST 2010 05:28

Perutusan Khas Ramadhan 1431H : Ramadhan - Penyucian Diri Untuk Kembali Kepada Fitrah
oleh:
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA
DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

LAST_UPDATED2
Baca lagi...
 
Sambutan Isra' Mikraj PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
TUESDAY, 29 JUNE 2010 04:51

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ PERINGKAT NEGERI KELANTAN

LAST_UPDATED2
 
Bengkel Kesalamatan Diri Bersama Kamal Affandi PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
THURSDAY, 29 JULY 2010 14:02
SEMUA KAUM MUSLIMAT DAN NISA' DIJEMPUT HADIR BERAMAI -RAMAI KE 
BENGKEL KESELAMATAN DIRI BERSAMA KAMAL AFFANDI HASHIM
(PENGANALISIS JENAYAH)
TARIKH: 19 SYAABAN 1431H/ 31 JULAI 2010 (SABTU)
MASA: 8.30 PAGI - 1.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN PUSAT TARBIAH ISLAMIAH KELANTAN (PUTIK)
 JALAN MAKTAB PENGKALAN CHEPA

LAST_UPDATED2
 
Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Muslimat PAS Kelantan   
MONDAY, 14 JUNE 2010 09:43

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

 

Allahyarham Ustaz Hassan Shukri Semasa menerima anugerah Tokoh Pemuda pada
majlis Perasmian Muktamar Dewan-dewan, Khamis lalu.

KOTA BHARU. 14 JUN - Semalam telah berakhir Muktamar Tahunan PAS Kali ke-56 di Putik,Pengkalan Chepa. Namun hari ini kita dikejutkan  dengan berita kematian  Ustaz Hassan Syukri, yang merupakan bekas Timbalan Presiden PAS, zohor tadi.

Allahyarham yang baru sahaja dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Pemuda pada Majlis Perasmian Muktamar Dewan-dewan Khamis lalu  dikatakan baru pulang dari Kota Bharu malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS disini semalam. Ustaz Hassan sebelum ini pernah menjadi Naib Presiden dan setiausaha Agung PAS. Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara.

Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham Ustaz Hassan Syukri. Semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang - orang  yang beriman. AL-FATIHAH

LAST_UPDATED2
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL